Apa itu Al Manna~Arabic Gum?
Arabic
Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal dan Acacia
Sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di Negara Sudan. Acasia Senegal
adalah jenis Arabic Gum yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan
tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan.
Manakala Acacia Seyal pula biasanya digunakan untuk industri-industri lain.
Ada juga pendapat yang
mengatakan terdapat tafsir Al Quran mengaitkan Al Manna yang disebut
dalam surah Al Baqarah ayat 57 merupakan Arabic Gum.
Di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas
Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu AbbasRadiallahuanhu al-Manna adalah
getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir
al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan
Ibnu AbbasRadiallahuanhu, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada
Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah
"as-Samghu".
As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang
keluar dari pokok. Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil,
ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan
air minuman tersebut segar dan berkhasiat.
Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok
tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah
satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat
dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa
As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan
kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah
itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata.Ajwa (kurma) dari
syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah.Daripada
hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi
Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di
Malaysia kenali sebagai gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali
sebagai Gum Arabic dan Arabic Gum
No comments:
Post a Comment