Thursday, 3 November 2016

Ameer Gum Arabic Al Manna
Di Malaysia kita lebih mengenalinya sebagai gam Arab atau Manna. Di Eropah dan Amerika pula mereka memanggilnya Acacia Gum. Apa pula Gum Arabic? Gum Arabic adalah nama sinonim kepada Acacia Gum. Jika berkaitan dengan makanan kesihatan atau serat makanan (dietary fiber), mereka lebih mengenalinya sebagai Acacia Gum atau Acacia Fiber. Bila berkaitan dengan industri makanan atau farmaseutikal, nama Gum Arabic lebih menyerlah, kerana Gum Arabic sangat terkenal sebagai emulsifier dengan kod E414. Tetapi orang Arab di Afrika dan semenanjung arab lebih mengenali produk ini sebagai Gum Arabic (atau Samghu 'Arabi dalam bahasa Arab). Mungkin sebahagian besar daripada orang Arab, kalau tidak semua, tidak tahu apa itu Acacia Gum.
Pokok Akasia
Gam Arab dihasilkan daripada getah pokok Acacia yang mengeras menjadi damar berupa kristal. Getah yang keras ini dipetik daripada batang, dahan dan ranting pokok ini. Kualiti yang terbaik banyak terdapat di sebelah barat negara Sudan. Gam Arab berwarna jernih keperangan, ia adalah rapuh dan tidak mempunyai rasa yang kuat.
Terdapat 2 jenis gam Arab, iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal, juga dikenali sebagai Hashab di Sudan, adalah dari jenis yang terbaik. Semua makanan yang berasaskan gam Arab menggunakan gam Arab Hashab kerana warnanya lebih cerah dan kandungan serat larut yang lebih tinggi.

Ameer Gum Arabic Al Manna
 dibuat 100% daripada gam Arab  asli tanpa bahan pengawet atau bahan kimia berbahaya. Ia diproses secara pengisaran mekanikal sehingga ia menjadi serbuk yang sangat larut dalam air. Produk ini juga diproses di Sudan dalam cuaca yang panas dan kering, jadi kandungan nutriennya terpelihara. 

Ameer Gum Arabic Al Manna
 memantapkan kesihatan sistem pencernaan dan sistem imun dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus (kolon), dan memberi bekalan serat makanan larut yang secukupnya kepada sistem pencernaan bagi membolehkan sistem pencernaan berfungsi dengan lebih efektif untuk mengawal kandungan gula dan kolestrol dalam darah dan menyahkan lebihan lemak dan toksin dari badan.
Dengan Ameer GUM ARABIC AL MANNA, anda akan memperolehi faedah sepenuhnya daripada khasiat dan kebaikan gam Arab termasuk penyerapan mineral-mineral and nutrien-nutrien penting (seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin dan Zat Besi) yang lebih efektif, peningkatan sistem imun untuk melawan serangan pelbagai penyakit yang dibawa oleh bakteria berbahaya, pengurangan risiko terhadap serangan penyakit Kardiovaskular dan kanser usus, pengawalan berat badan, kelancaran pembuangan air kencing dan najis dan pengawalan optima kandungan gula dan kolestrol dalam darah.
Kebaikan Gam Arab Sebagai Suplemen Prebiotik
Gam Arab telah dibuktikan melalui banyak kajian bahawa pengambilan gam Arab yang berterusan memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Bukan setakat itu saja, gam Arab boleh merawat pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang rosak. Bayangkan betapa rumitnya kehidupan bila terpaksa menjalani rawatan dialisis 2 atau 3 kali seminggu. Bukan saja masa diperlukan, wang ringgit juga diperlukan. Kita juga terpaksa menyusahkan orang lain untuk menghantar dan mengambil kita dari pusat dialisis. Dan bayangkan betapa seronoknya kita jika rawatan dialisis ini dapat dikurangkan atau diberhentikan sama sekali. Ini adalah kenyataan, kerana ramai pengguna-pengguna gam Arab adalah dari kalangan mereka yang berada dalam situasi di atas. Tidak dinafikan bahawa ramai yang skeptikal (ragu-ragu) bila berdepan dengan produk yang baru seperti gam Arab ini, yang belum pernah mereka dengar sebelum ini. Pengguna-pengguna gam Arab yang telah berjaya menikmati kesan positif dari pengambilan gam Arab juga berada dalam situasi yang sama sebelum ini. Tetapi semangat untuk sembuh dari penyakit yang dialami membuatkan mereka tidak berfikir panjang. Tambahan lagi, gam Arab tidak mempunyai kesan sampingan lain seperti ubat-ubatan konvensional, jadi ia tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada pengguna-pengguna.
Jika gam Arab ini dapat menyembuh penyakit-penyakit kronik dengan membaik-pulih dan membantu fungsi sistem penghadaman dan pencernaan, bayangkan apa gam Arab boleh buat untuk kita yang belum lagi mengalami penyakit-penyakit kronik ini. Sudah tentu lebih mudah - pemeliharaan dan pencegahan daripada kerosakan. Jadi, apakah rahsia gam Arab yang menjadikannya satu makanan yang begitu menyeluruh faedahnya?
Apabila gam Arab ini mampu membaik-pulih buah pinggang yang rosak, di mana hospital pakarpun tidak mampu merawatnya, sudah tentu ada sesuatu yang terkandung dalam gam Arab yang tidak pada suplemen-suplemen lain. Jika begitu hebat khasiatnya, mengapa gam Arab ini tidak dijadikan sebagai ubat? Kita akan merongkai kedua-dua perkara ini.
Pertama. Rahsia gam Arab. Gam Arab adalah suplemen atau sumber serat prebiotik (prebiotic fiber) yang tertinggi dan terbaik pernah ditemui setakat ini. Kandungan prebiotik dalam gam Arab menjangkau sehingga 85%. Ini bermakna, pengambilan gam Arab sebanyak 10 gram sehari akan membekalkan badan kita dengan 8.5 gram prebiotik, memenuhi keperluan harian. Kandungan prebiotik dalam gam Arab adalah dari jenis kualiti yang terbaik. Kajian membuktikan prebiotik dalam gam Arab adalah setaraf dengan prebiotik dalam susu ibu.
Sila rujuk artikel Prebiotik vs Probiotik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fungsi-fungsi prebiotik dalam sistem pencernaan. Sila rujuk juga artikel Gum Arabic vs Inulin untuk mengetahui bagaimana gam Arab ini lebih baik daripada Inulin sebagai prebiotik.
Sumber Prebiotik
Prebiotik banyak terdapat dalam makanan harian kita seperti gandum, bawang putih, bawang merah, asparagus dan pisang dalam kuantiti yang berbeza. Bawang putih dan bawang merah umpamanya mengandungi 17% dan 9% prebiotik. Pisang mengandungi 1% prebiotik. Jadi untuk mendapatkan bekalan 8.5 gram prebiotik daripada pisang, kita kena makan 850 gram pisang sehari. Mampukah anda melakukannya?
Berapa jumlah prebiotik diperlukan oleh badan setiap hari? Belum ada cadangan saintifik lagi yang spesifik mengenai hal ini, tetapi kajian-kajian berhubung dengan prebiotik mencadangkan antara 4 hingga 8 gram untuk kegunaan biasa. Untuk tujuan rawatan, dos yang lebih tinggi diperlukan, antara 15 ke 20 gram sehari.
Kolon, yang selama ini dicanangkan oleh institusi-institusi perubatan sebagai sekadar saluran pembuangan najis, adalah satu organ kesihatan yang sangat kompleks dan sensitif. Proses penghadaman tidak hanya berlaku di dalam perut tetapi bersambung di dalam kolon. Mana-mana makanan yang tidak dihadamkan atau tidak boleh dihadamkan di dalam perut akan bergerak ke dalam usus besar dan berakhir di dalam kolon untuk melalui proses pencernaan yang terakhir. Di dalam kolon inilah proses penyerapan air, mineral dan nutrien dan penyingkiran lemak yang berlebihan, najis dan toksin berlaku. Keberkesanan kolon dalam fungsi ini amat bergantung kepada kehadiran dan kesuburan bakteria Probiotik yang menghuni kolon ini. Pendekata, kolon adalah umpama kilang pemprosesan dan probiotik adalah pekerja-pekerja yang menjalani aktiviti-aktiviti dalam kilang tersebut. Jika pekerja berkurangan atau lemah, maka kuranglah produktiviti dan akhirnya banyaklah aktiviti-aktiviti akan terbantut, mesin-mesin rosak dan sebagainya.
Bagaimana prebiotik boleh membantu? Prebiotik umpama baja atau makanan kepada probiotik. Jumlah populasi dan kesuburuan probiotik amat bergantung kepada kehadiran berterusan prebiotik yang secukupnya. Gam Arab tidak dicerna dalam perut dan usus besar. Ia diperam di dalam kolon dan apendiks untuk menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang berfungsi dan bertindak sebagai prebiotik.
Berikut adalah kebaikan prebiotik atau kesan pengambilan prebiotik yang telah dibuktikan melalui kajian:
  • peningkatan kadar penyerapan mineral dan nutrien, yang biasanya terlepas keluar sebagai bahan buangan, terutamanya kalsium dan magnesium
  • peningkatan sistem imun
  • pengurangan paras gula dan kolestrol dalam darah
  • penurunan berat badan (melalui pengawalan selera makan)
  • peningkatan jumlah bakteria baik atau probiotik dalam kolon
  • pengurangan bakteria berbahaya (bakteria pembawa penyakit) dalam sistem usus
  • kelancaran pembuangan najis dan air kencing
  • pengurangan atau pencegahan kanser atau radang usus dan penyakit-penyakit yang lain
  • pengurangan jangkitan (infections) pada dinding usus
  • Dengan fungsi-fungsi inilah prebiotik boleh merawat dan mencegah penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, obesiti, kegagalan buah pinggang, kanser usus dan sakit jantung koronari.
Begitulah kehebatan prebiotik. Di samping penjagaan makanan dan senaman yang secukupnya, prebiotik mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesihatan tubuh badan kita. Kemampuannya merawat penyakit-penyakit kronik telah terbukti. Dan inilah rahsia gam Arab. Nikmatilah faedah prebiotik sepenuhnya dengan menambahkan Ameer Gum Arabic Al Manna
dalam makanan harian anda

No comments:

Post a Comment